Tuesday, July 27, 2010

Patriotisme Asas 1 Malaysia

Bagi meneruskan lagi kemakmuran negara Malaysia dan mengekalkan ia dengan keadaan yang sentiasa harmoni, para pewaris negara iaitu golongan belia perlu menanamkan sikap patriotisme terhadap negara mereka. Dengan kehidupan sekarang golongan belia perlu bijak dalam menguruskan sesuatu situasi yang boleh mendatangkan kemudaratan. Negara kita adalah negara yang sangat beruntung, kerana mempunyai pelbagai bangsa, 1 Malaysia adalah satu konsep yang sangat bijak dan berkesan.

Golongan belia kini perlu memahami konsep 1 Malaysia yang menjadi asas kemakmuran negara, semangat patriotisme juga menjadi asas penting dalam mencapai konsep 1 Malaysia yang juga akan mencetus kemakmuran sejagat. Olehhal demikian golongan belia perlu faham maksud sebenar "Patriotisme"

Pengertian Patriotisme:

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' atau 'ibu pertiwi' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.

Patriotisme Dalam Kata Erti Lain:

"Patriotisme merupakan satu kebajikan yang benar-benar selaras dengan fitrah manusia, dan mempunyai tempat di dalam kehidupan moral manusia. Namun yang merupakan kepentingan sebenarnya adalah keyakinan manusia, kebudayaannya, dan tradisinya. Inilah hal-hal yang merupakan erti yang seharusnya dibawa hidup dan dibawa mati, bukan sejengkal tanah di mana jiwa manusia dihubungkan untuk sementara waktu."

No comments:

Post a Comment